"Warga Tua Teras Masyarakat"
Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita
Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah
Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada
Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamLirik lagu yang sarat dengan nasihat! :)
BalasPadamAllah ada berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Israa ayat yang ke-23-24 yang bermaksud kurang lebih :
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Danrendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Di dalam ayat yang mulia ini, Allah memerintahkan kita suapaya beradab dan menyayangi orang yang levih tua dari kita. Termasuklah dalam kategori ini, mak, ayah, atok, nenek dan mereka-mereka yang telah "makan garam" awal lagi daripada kita. Tidak kiralah mereka punyai talian darah mahupun tidak, adab itu mestilah dijaga.
Sangatlah tidak elok dan jelik melihat seseorang itu mendera atau menyeksa orang-tua dek kekurangan dan kelemahan fizikal orang tua itu.
Oleh yang demikian, kewujudan hak penjagaan warga tua atau juga dikenali warga emas di dunia hari ini sangatlah relevan dan bertepatan dengan akhlak Islam.
Amirul Ismail
GB02522
Sila layari dan mohon tunjuk ajar di blog saya di pautan:
https://dopulohempat.wordpress.com/